Portal Komuniti Myfuyoo

...We Live We Share We Happy

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Perisian Mengekstrak CD Audio

E-mail Print PDF

Berikut adalah beberapa perisian percuma yang anda boleh gunakan untuk mengekstrak(rip) audio digital dari cakera padat. Perisian yang boleh mengekstrak audio dari CD biasanya dikenali sebagai "CD Ripper".

Proses pemindahan audio dari format digital ke digital ini boleh menghasilkan terus fail MP3 atau fail WAV.

Sila berkunjung ke laman web berkaitan untuk memuat turun perisian berkenaan.

1. CD to MP3 Freeware v1.8 - URL: http://www.eusing.com/

2. MEDA CD Ripper v2.2 - URL: http://www.medafan.com/cd-ripper/

3. Focus Free CD Ripper v3.1 - URL: http://www.focussoft.net/

4. CDDataExtract v2.1 - URL: http://www.rdas.co.uk/CDDataExtract.asp

5. AudioCrusher v1.4 - URL: http://www.sysdesk.de/

6. AudioGrabber v1.83 - URL: http://www.audiograbber.com-us.net/

7. Exact Audio Copy v0.95 - URL: http://www.exactaudiocopy.de/

8. CD Audio Infomation Downloader (CDAID) v3.20 - URL: http://www.marvintec.com/

9. Nero CD DAE v0.4b - URL: http://www.nero.com/

 

Selamat mencuba.

Bye.

Last Updated on Sunday, 14 June 2009 15:44
 

Inovasi Seramik Berwarna Handphone Vertu

E-mail Print PDF
PENERAJU pengeluar telefon mudah alih mewah buatan tangan, Vertu baru-baru ini memperkenalkan satu rangkaian produk terbaru di bawah koleksi Vertu Constellation Pure. Dengan membangunkan penggunaan seramik berwarna di atas telefon mudah alih, Vertu sekali lagi tampil dengan material gajet yang berinovatif.

Mengekalkan rekaan klasik Vertu Constellation asli, koleksi khas dan terhad Pure menggabungkan kemasan seramik warna berteknologi tinggi bersama tekstur semula jadi kulit yang terbaik. Ini sekali gus membentuk sebuah gajet yang elegan dan moden penampilannya.

Pereka utama di Vertu, Frank Nuovo berkata, koleksi tersebut memperolehi inspirasi rekaannya menerusi elemen yang ringkas. Vertu telah mengambil masa lebih dua tahun untuk menyempurnakan proses mewarna dan ia merupakan syarikat pertama yang menggunakannya ke atas telefon mudah alih.

Kesemua bahagian seramik pada koleksi Pure telah dihasilkan secara berasingan. Setiap satunya direka menggunakan peralatan khas demi memperoleh saiz yang ideal dan bagi memastikan susunan bahagian telefon adalah sempurna.

Ketelitian proses dalam pembangunan dan pemilihan kulit adalah selaras bagi mendapatkan padanan warna dan kemasan seramik yang sempurna.

Di sebalik setiap butang dilapisi satu lapisan khas untuk mencegah tembusan cahaya. Lapisan laker pula telah diaplikasikan pada setiap lubang grafik untuk mengelakkan penyebaran cahaya ke atas jangka hayat telefon mudah alih itu.

Koleksi Vertu Pure boleh diperoleh dalam empat warna berbeza - putih, hitam, kelabu (keluli tahan karat) dan perang (emas 18 karat). Setiap satunya hadir dengan bekas kulit buatan Itali tersendiri dengan padanan warna yang sesuai.

Setiap telefon mudah alih Vertu dihasilkan menerusi buatan tangan di ibu pejabat Vertu di Britain oleh kumpulan tukang berkemahiran tinggi.

Vertu ditubuhkan pada tahun 1998 dan mula memperkenalkan rangkaian produknya yang pertama pada 2002 setelah empat tahun penyelidikan serta pembangunan intensif. Setiap telefon mudah alih Vertu didatangkan dalam tiga koleksi berbeza iaitu Vertu Signature, Vertu Ascent dan Vertu Constellation. Vertu boleh diperoleh di lebih daripada 50 buah negara dan di 600 kedai barang kemas, jam tangan berprestij dan butik Vertu di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vertu, sila layari laman web www.vertu.com.

 

Last Updated on Thursday, 11 June 2009 14:47
 

Revolusi terbaru BlackBerry

E-mail Print PDF

 

MENARIK perhatian penggemar telefon bimbit pintar BlackBerry, syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis Communications Berhad (Maxis) baru-baru ini memperkenalkan model terbaru BlackBerry Storm.

Ia dibangunkan dengan matlamat memberi kepuasan dari segi fungsi pengguna biasa dan juga perniagaan menerusi tawaran navigasi skrin sentuh efisien pertama pada modelnya.

Pembangunan telefon tersebut turut disempurnakan menerusi paparan skrin luas beresolusi tinggi 3.2 inci untuk kemudahan aplikasi multimedia serta pelayaran Internet.

Kelebihan lainnya ia menawarkan akses mudah untuk aktiviti memuat turun pelbagai aplikasi selain melayari laman web sosial seperti MySpace dan Flickr.

Bukan setakat itu, tawaran fungsi mesra pengguna di samping rekaan yang mewah tentunya melengkapkan lagi gaya hidup individu.

Maxis juga menurutnya sedang berusaha untuk menaik taraf rangkaiannya dalam masa beberapa bulan akan datang sebagai usaha memperluaskan perkhidmatan komprehensifnya dari segi liputan dan prestasi 3G.

BlackBerry Storm kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,499 tanpa sebarang kontrak.

Untuk ikatan kontrak selama 24 bulan melalui pelan Value 150 bersama perkhidmatan pakej data BlackBerry, pelanggan boleh mendapatkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM2,199.

Maklumat dan spesifikasi lengkap BlackBerry Storm boleh diperoleh di laman web www.maxis.com.my/ blackberrystorm.

Last Updated on Saturday, 30 May 2009 05:44
 

SAMSUNG Star S5233

E-mail Print PDF
SAMSUNG Star S5233 ialah sebuah telefon bimbit berskrin sentuh penuh terbaru. Sejak diperkenalkan pada penghujung April lalu, Samsung sudah menerima lebih daripada dua juta tempahan awal untuk gajet itu.

Sebagai gajet yang menyokong rangkaian 2.5G, Star S5233 hadir dengan ciri-ciri multimedia terbaru dalam penampilan yang cukup kompak dan nipis.

Dengan ukuran badan 11.9 milimeter sahaja, gajet itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Hadir dengan pena stylus binaan dalam, skrin sentuh penuh WQVGA 3 inci dan antara muka pengguna TouchWiz v1.0 serta Mobile Widgets, telefon bimbit itu membolehkan pengguna menikmati pengalaman mudah alih yang lebih intuitif.

Dengan hanya satu sentuhan pada imej menerusi aplikasi Photo Contact, pengguna boleh menghubungi kenalan tanpa sebarang masalah. Selain itu, Star S5233 juga dilengkapi dengan sebuah kamera 3.2 mega piksel dan rakaman video yang menyokong QVGA@15fps.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi Communities untuk memuat naik gambar ke dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Picasa, Friendster, MySpace, Photobucket dan Flickr.

Telefon bimbit itu juga menawarkan ciri pengecaman muzik menggunakan perkhidmatan Find Music Shazam. Bagi menikmati pelbagai kandungan multimedia, Star S5233 juga menyokong kapasiti memori sebanyak 50MB dengan slot memori luaran sehingga 8GB.

Lebih menarik, pengguna boleh menikmati dan melayari Internet sepenuhnya dengan sensor aselerometer untuk rotasi auto. Untuk kemudahan, gajet ini juga menyokong pad kekunci QWERT virtual, Gesture Unlock dan ciri pengecaman tulisan tangan.

Last Updated on Wednesday, 20 May 2009 22:41
 

Gmail dalam pelbagai bahasa

E-mail Print PDF

GMAIL kini boleh dibaca dalam 49 bahasa bagi membolehkannya digunakan oleh majoriti penduduk dunia.

Google Inc juga mengumumkan Gmail Lab merupakan tapak eksperimen dalam perkhidmatan e-mel percuma

Google iaitu Gmail. Gmail Lab menawarkan pengguna peralatan yang berguna bagi meningkatkan kotak e-mel masing-masing.

Dilancarkan dalam bahasa Inggeris pada Jun tahun lalu, Gmail Lab menawarkan 43 bahasa dalam masa 43 minggu dan kebanyakannya boleh digunakan termasuk bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Ciri-ciri Gmail termasuk:

Offline Gmail - mengakses dan menulis e-mel walaupun tidak terdapat sambungan Internet. Perubahan akan diselaraskan apabila pengguna disambung semula dengan Internet.

Undo Send - mengambil semula e-mel selepas lima saat dihantar.

Mail Googles - dalam masa pemilihan masa tetingkap membolehkan anda menghantar mel jika anda boleh menyelesaikan masalah matematik ringkas. Jika tidak tidur dulu dan cuba keesokannya.

Ingatan Lampiran - menghalang anda menghantar mesej kosong secara tidak sengaja jika anda telah menulis mengenai lampiran.

Tugasan - tambah senarai adds-to-do kepada inbox. Anda boleh menulis tugas secara manual atau terus daripada e-mel atau edit senarai anda daripada telefon semasa berada di mana saja.

Bahasa terkini Gmail Lab adalah Bengali, Bulgaria, Catalan, Cina, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Estonia, Finland, Peranchis, Jerman, Greek, Gujarati, Hindi, Hungaria, Iceland, Indonesia, Italia, Jepun, Kanada, Korea, Latvia, Lithuania, Melayu, Malayalam, Marathi, Norway, Oriya, Poland, Portugis (Brazil, Portugal), Romania, Russia, Serbia, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Tagalog, Tamil, Telugu, Thai, Turki, Ukrain and Vietnam.

Bagi mendapatkan akses Gmail Labs, lawati tab Labs dalam laman Settings. Bagi membina akaun Gmail, sila lawati http://mail.google.com.

 

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 7

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 2 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday17
mod_vvisit_counterYesterday53
mod_vvisit_counterThis week490
mod_vvisit_counterLast week704
mod_vvisit_counterThis month213
mod_vvisit_counterLast month2028
mod_vvisit_counterAll5690

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 38.103.63.59
,
Now: 2009-07-04 14:34

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

SAIZNYA tidak lebih daripada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar, Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan. Beratnya hanya 160 gram, peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengalaman yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga. Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2. V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.