Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Laptop Acer Aspire 3810T-942G50

E-mail Print PDF

Laptop keluaran Acer model Aspire 3810T-942G50 kali ini cuba menonjolkan sebuah peranti multimedia yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga lapan jam. Ciri inilah yang menjadi fokus iklan-iklan model tersebut.

Pengguna sudah semestinya ingin mencari sebuah laptop yang ringan dan mahu mengelak daripada rasa rimas dengan adaptor yang memberatkan beg komputer anda.

Dari segi kemasan luarannya, model 3810T-942G50 sudah cukup menambat hati terutama dari segi ketebalan yang kurang daripada satu inci.

Kemasan luar LCD yang berwarna perak menyerlahkan lagi ciri-ciri terkini model tersebut.

Papan kekunci hitam berkilat menjadikan model tersebut lain daripada yang lain di samping saiznya kekuncinya yang besar memudahkan kerja-kerja menaip berbanding netbook keluaran Acer sebelum ini.

Butang pintasan untuk WiFi, backup manager dan mod bateri di sebelah atas papan kekunci sungguh menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan tetikus atau pad sesentuh.

Saiz skrin 13.3 inci dengan sistem bunyi Dolby Sound Room dan imej kualiti HD, menjadikan kerja-kerja dan menonton video tidak lagi memenatkan deria mata dan telinga.

Walaupun menggunakan pemprosesosan Intel Core 2 Duo, 1.4 GHz, 800 MHz voltan rendah dengan memori 2 GB DDR3, kerja-kerja rutin dan melayari Internet menjadi cukup pantas dan efisien.

Pengeluar sememangnya mempunyai alasan tersendiri iaitu produk yang ringan dan nipis menjadikan model ini tidak dilengkapi dengan pemacu DVD.

Namun demikian, tahap pemacu tidak menjadi masalah lagi kerana model ini didatangkan dengan saiz cakera keras 500 GB, cukup besar untuk menyimpan lagu, video, gambar dan lain-lain fail peribadi kesayangan anda.

Fungsi-fungsi tambahan lain adalah pad sesentuh multigesture yang memudahkan kerja membesar dan mengecil serta memilih foto yang dikehendaki dengan mudah.

Anda mungkin terasa sikit kekok pada awalnya namun ia sungguh mudah bila beberapa kali anda telah menggunakannya.

Aspire Aspire 3810T-942G50n juga menggunakan teknologi penyejukan Laminar Wall Jet menjadikan model ini lebih ringan, efisien, tahan lama dan kurang membahayakan alam sekitar ketika dunia dibimbangi dengan kesan pemanasan global.

Sistem Pengoperasian Windows Vista Home Premium sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan laptop tersebut kerana model ini hanya menggunakan Core 2 Duo, 1.4 MHz ULV.

Bagi pengguna yang ingin sebuah sistem pengoperasian yang lebih cekap dan berkesan daripada ini anda boleh beralih kepada Windows 7 yang diperakui kecekapan dan kestabilannya.

Last Updated on Sunday, 31 January 2010 00:39
 

Telefon bimbit LG BL40 Chocolate

E-mail Print PDF

SIRI telefon bimbit istimewa LG Chocolate meneruskan legasinya dengan menghasilkan telefon bimbit LG BL40 yang bercirikan skrin sentuh.

LG BL40 Chocolate juga merupakan telefon keempat siri Black Label. Ia mempunyai ciri yang lebih menarik iaitu skrin berukuran 10.16 sentimeter dengan paparan LCD berdefinisi tinggi.

Rekaan skrin itu dicipta khas untuk memberikan anda pengalaman menonton filem yang menyeronokkan. Ia juga mempunyai fungsi kamera dengan resolusi 800 x 345 piksel.

Kecanggihannya juga dapat dinilai berdasarkan kelebaran skrin yang mempunyai nisbah 21:9 untuk memberikan anda pengalaman seakan-akan menonton teater.

Telefon terbaru LG itu juga dapat menggantikan kamera video dan kamera digital ketika anda sedang bercuti.

Ini bermakna anda tidak perlu membawa gajet lain dan memadai dengan menggunakan telefon tersebut.

Dari segi gambar pula, hasilnya begitu menakjubkan seolah-olah anda menggunakan kamera kompak berkualiti.

Telefon serba guna itu memperuntukkan anda dengan saiz skrin yang maksimum. Bagaimanapun, anda dapat membesarkan skrin mengikut keselesaan sama ada menegak mahupun melintang.

Last Updated on Tuesday, 08 December 2009 03:00 Read more...
 

Belkin N Wireless Modem Router

E-mail Print PDF
SAMBUNGKAN komputer desktop atau komputer riba anda sama ada yang berwayar dan tanpa wayar dengan menggunakan peralatan teknologi Belkin N Wireless Modem Router. 

Kegunaannya yang pertama sekali adalah untuk berkongsi akses Internet jalur lebar anda. Mempunyai kapasiti yang besar sehingga 300 megabits per second (Mbps), kini anda boleh melakukan pertukaran dokumen-dokumen dengan lebih cepat, berkongsi sumber dan mengagihkan video atau fail-fail muzik.

Dari segi keselamatan pula, anda tidak perlu risau kerana aplikasi kecanggihan yang ada dapat melindungi komputer daripada penggodam atau penceroboh.

Lebih menarik lagi, disebabkan mempunyai kelebihan rangkaian tanpa wayar, Belkin N Wireless Modem Router mampu menampung sehingga 16 buah komputer sekali gus.

Untuk prestasi tanpa wayar yang lebih baik, gunakan Modem Router Belkin N Wireless beserta N Wireless Notebook dan kad Desktop yang boleh menghubungkan komputer anda dengan rakan-rakan.

Bagi menggunakan kemudahan Belkin N Wireless Modem Router, anda hanya perlu sambungan Internet jalur lebar berserta sambungan RJ45 (Ethernet) atau lebih dikenali sebagai Registered Jack 45.

Ia digunakan sebagai penyambungan untuk rangkaian kabel yang mana ia memudahkan setiap individu berhubung antara satu sama lain. Selain itu, sekurang-kurangnya sebuah komputer mempunyai network interface card (NIC).

The Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) terlebih dahulu perlu dimuat naik bagi setiap komputer.

Last Updated on Wednesday, 11 November 2009 10:26
 

Norton 360 Mesra Pengguna

E-mail Print PDF

KESIBUKAN dunia siber memberi banyak pendedahan maklumat kepada masyarakat dengan kepesatan teknologi bergerak pantas yang mampu menerawang ke mana saja sekiranya mempunyai keupayaan menggunakan Internet.

Pengguna Internet pun bebas untuk memindah turun apa saja maklumat bagi tujuan mendapat maklumat, penyelidikan, pengetahuan, laman sosial dan sebagainya.

Namun sekiranya tidak berhati-hati mereka boleh menerima virus berbahaya dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk buli alam siber, mangsa penipuan, kehilangan data atau kecurian identiti, lebih parah lagi jika membabitkan kewangan.

Justeru, bagaimana kita mahu memastikan kehebatan dunia siber itu dapat dilayari dengan selamat?

Norton 360 v3.0 kini ditampilkan dengan pelbagai ciri tambah nilai yang boleh membantu memudahkan pengguna membersihkan komputer peribadi (PC) daripada sebarang ancaman dalam atau luar meliputi virus dan spyware.

Perisian keselamatan ini amat sesuai digunakan pengguna yang tidak mempunyai asas pengetahuan komputer kerana ia menyediakan paparan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah difahami.

Selain mempunyai tahap keselamatan tinggi dan meningkatkan keupayaan PC, versi terkini Norton ini dapat menyaring serta melindungi komputer tanpa merendahkan prestasi bagi memastikan pengalaman menggunakan komputer yang optimum.

Antivirus ini turut disokong operasi laman webnya yang menawarkan perkhidmatan 'backup' bagi fail yang penting serta perkhidmatan penarafan kepada laman web luar untuk rujukan pengguna di bawah Norton Safe Web.

Selain operasi asas, Norton turut memperkenalkan ciri unik seperti 'startup manager', pengurusan servis, pendaftaran operasi pembersihan, pembersih disk dan ujian pencapaian.

Pengguna juga akan diberi pilihan untuk menyediakan ruangan khas sebagai ruang penyimpan bagi file 'backup' atau hanya perlu menggunakan ruangan yang disediakan di laman web Norton.

Namun perlu diingatkan, prestasi laman web bergantung kepada kelajuan akses Internet pengguna itu sendiri.

Jika sebelum ini pengguna tidak mengetahui pencapaian operasi komputer sebelum dan selepas diimbas, Norton menyediakan ujian pencapaian dengan menguji komputer menerusi pelbagai kelajuan pemprosesan data.

Norton 360 v3.0 yang dipertingkat ini hanya memerlukan masa kurang daripada lima minit untuk dipindah turun sebelum digunakan.

LAMAN WEB: www.symantec.com/en/my/norton/360

 

Last Updated on Saturday, 17 October 2009 06:03
 

Nokia 6700 Classic

E-mail Print PDF
Menyambung kecemerlangan legasi Nokia dalam mengeluarkan telefon bimbit, syarikat peneraju global untuk produk mobiliti itu baru-baru ini telah memperkenalkan model Nokia 6700 Classic.

Ia tampil dalam rekaan premium yang eksklusif dan disempurnakan dengan binaan menarik menggunakan material berkualiti tinggi.

Gaya dan keselesaannya juga dapat diserlahkan menerusi binaan kemas penggunaan material keluli tahan karat.

Memperbaiki kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan pada model-model sebelum ini, kehadirannya dilengkapi dengan kamera lima megapiksel dan juga lampu flash LED.

Untuk kemudahan kawalan navigasi kedudukan di sesebuah kawasan pula, pengguna telefon bimbit tersebut bakal ditawarkan dengan aplikasi sistem penentu kedudukan global (GPS).

Dari segi sambungan rangkaian Internet, model berkenaan dilengkapi dengan sistem akses data berkelajuan tinggi untuk membolehkan perkongsian imej dan video dengan lebih cepat dan mudah.

Di samping itu, ia turut mempunyai dua mikrofon binaan dalam selain dilengkapi dengan teknologi Uplink Noise Cancellation (UNC) untuk menghilangkan bunyi bising daripada kawasan sekitar.

Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti lampu sensor ambien (ALS), teknologi kawalan kecerahan kandungan (CABC) serta slot kad memori microSD dengan keupayaan storan maksimum sehingga lapan gigabait (GB).

Nokia 6700 Classic kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,140. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperoleh di laman web www.nokia.com.

Last Updated on Friday, 02 October 2009 06:29
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 2 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday145
mod_vvisit_counterYesterday162
mod_vvisit_counterThis week540
mod_vvisit_counterLast week907
mod_vvisit_counterThis month1286
mod_vvisit_counterLast month2575
mod_vvisit_counterAll15616

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 38.107.191.111
,
Now: 2010-03-10 17:09

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

Kepada pengunjung laman ini, admin meminta berbanyak maaf kerana laman ini terpaksa dikemaskini akibat beberapa masalah yang timbul. Masalah utama yang dikenalpasti ialah melibatkan proses memasukkan imej ke dalam artikel. Setelah dicuba pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah ini, so admin mengambil keputusan untuk uninstall dan kemudian install kembali program ini. Semoga pengunjung laman ini terus setia bersama kami dan nantikan berita-berita terbaru dari kami.