Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Google Chrome Pelayar Web Terpantas

E-mail Print PDF

Google Chrome merupakan pelayar web terpantas berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain seperti Mozilla Firefox, Safari, Internet Explorer dan Opera.

Walau pun Mozilla telah melancarkan versi terbaru pelayar webnya iaitu Firefox 3.5, namun ia masih tidak dapat menandingi kepantasan Google Chrome. Berdasarkan kepada ujian "page loading speed" yang dilakukan, Mozilla Firefox 3.5 masih dua per sepuluh saat lambat berbanding Google Chrome.

Walau pun begitu, Firefox 3.5 masih lagi laju berbanding dengan Internet Explorer 8 , Safari dan Opera.

Google Chrome memberikan masa loading yang paling pantas berdasarkan kepada 5 daripada 8 laman web yang telah diuji dengan masa loading purata 1.699 saat. Mozilla Firefox 3.5 juga menunjukkan prestasi yang baik dengan purata masa loading 1.762 saat. Ini diikuti oleh Internet Explorer 8 dengan masa loading purata 1.833 saat, Safari 4 pula 1.964 saat dan Opera 10 di tempat terakhir dengan masa purata 2.464 saat.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link berikut: PC World

Last Updated on Thursday, 23 July 2009 10:30
 

Rakaman Unggul Dengan Telefon Bimbit

E-mail Print PDF
MENGETENGAHKAN kelainan pada model telefon bimbitnya kali ini, peneraju industri telekomunikasi mobiliti, Nokia telah tampil dengan model terbaru, Nokia N86.

Sesuatu yang berbeza, model berkenaan dilengkapi dengan keupayaan pengimejan terbaik menerusi kamera lapan megapiksel.

Didatangkan dengan lensa Carl Zeiss Tessar, ia pastinya menjanjikan kepuasan dari segi kualiti foto yang dirakam tidak kira dalam situasi apa sekali pun.

Selain keunggulan fungsi megapiksel, kamera pada telefon bimbit itu turut dilengkapi dengan ciri apertur boleh laras untuk kesempurnaan rakaman sama ada dalam keadaan cahaya yang amat terang atau samar.

Bagi tujuan rakaman imej bergerak pula, aplikasi kameranya mempunyai fungsi shutter mekanikal pantas serta teknologi pengurangan kekaburan automatik.

Dari segi masa pemprosesan foto, ia mempunyai keupayaan yang lebih cepat berbanding telefon bimbit berkamera lain.

Pengguna juga boleh memuat naik kesemua foto yang telah di rakam secara terus ke laman web rangkaian sosial menerusi perkhidmatan Ovi Share dan Flickr.

Di samping kualiti cemerlang, peranti itu juga dilengkapi dengan ruang simpanan memori binaan dalam lapan gigabait (GB) untuk simpanan foto sehingga 4,000 keping.

Last Updated on Sunday, 19 July 2009 00:23
 

Lebih Pintar Dalam Kelasnya

E-mail Print PDF
MENERUSKAN teknologi telefon bimbit dengan fungsi skrin sesentuh penuh, Samsung Electronics (Samsung) baru-baru ini memperkenalkan model terbaru produk telekomunikasinya iaitu Samsung Jet.

Pelbagai fungsi inovasi terkini dilengkapkan pada telefon bimbit tersebut termasuk aplikasi antara muka pengguna yang mudah untuk dikendalikan.

Mengetengahkan konsep 'lebih pintar dari telefon bimbit pintar', model berkenaan menyokong pelbagai aplikasi pengurusan seperti Microsoft Exchange ActiveSync selain navigasi menu mesra pengguna serta penampilan rekaan yang kompak.

Untuk fungsi paparannya, ia dilengkapi skrin 16M WVGA AMOLED 3.1 inci serta disokong dengan resolusi dan kesempurnaan warna yang cukup cemerlang.

Menerusi teknologi paparan TouchWiz 2.0 dan pemproses 800 MHz pula, pengguna bakal merasai pengalaman mobiliti tanpa kompromi seperti ciri ikonik dan antara muka bergerak serta kekunci pintar untuk kemudahan pengurusan kerja.

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan pelayar Dolfin Internet bagi memberi kemudahan kepada pengguna mengakses laman web kegemaran mereka terutama rangkaian sosial.

Pelayar tersebut mempunyai kelebihan memaparkan kandungan Internet secara mobiliti menerusi lima skrin secara serentak.

Apa yang menarik, model tersebut juga dilengkapi dengan ciri seperti muat turun pelbagai serta keunikan fungsi pemfokusan laman web hanya menggunakan sentuhan jari.

Last Updated on Sunday, 19 July 2009 00:23
 

Pengalaman Muzik dan Hiburan Unik

E-mail Print PDF

SELEPAS cemerlang dalam perkhidmatan telefon bimbit 5800 XpressMusic, Nokia baru-baru ini tampil dengan model 5530 menerusi portfolio yang sama. 

Peranti komunikasi kompak yang masih mengekalkan antara muka sesentuh itu kini ditampilkan dalam rekaan yang lebih segar dan kemas pada bingkai keluli tahan karat.

Menarik mengenai telefon bimbit berkenaan, ia mengetengahkan ciri kandungan pintar pada skrin utama seperti pemilihan nombor kontak, pengemaskinian media serta akses secara terus dengan 20 orang terakhir yang membuat perbualan.

Ciri lain yang ditampilkan pada skrin adalah capaian pantas kepada laman web rangkaian sosial seperti Facebook dan juga MySpace.

Bagi penggemar muzik dan hiburan, telefon bimbit ini tentunya merupakan pilihan yang ideal kerana ia menawarkan akses cepat kepada gabungan dan perkongsian pelbagai media.

Ia dibuktikan menerusi kemampuan permainan muzik sehingga 27 jam, kualiti audio mengkagumkan serta ruang penstoran empat gigabait (GB) pada kad memori.

Menerusi kelebihan skrin pintar luas 2.9 inci pula, pengguna akan dapat menikmati paparan video dengan lebih jelas sama ada video yang dirakam sendiri atau capaian daripada Youtube.

Sesuai dengan penekanan kepada fungsi hiburan, pengurusan koleksi muziknya juga mudah untuk diselaraskan bersama komputer selain pembelian muzik boleh dilakukan secara terus daripada Stor Muzik Nokia.

Merancakkan lagi pengalaman muzik pengguna, model berkenaan didatangkan dengan set kepala stereo WH-205 dengan susunan wayar kemas.

Kelebihan ciri multimedianya ditampilkan dalam bentuk bar media di mana muzik, foto, video dan perkongsian aplikasi dalam talian seperti Ovi Share dan Flickr dapat diakses hanya melalui sentuhan mudah.

Dari segi rangkaian pula, ia turut menyokong capaian GSM dan EDGE selain diintegrasikan bersama perkhidmatan wayarles LAN.

Last Updated on Monday, 06 July 2009 14:20
 

Perisian Mengekstrak CD Audio

E-mail Print PDF

Berikut adalah beberapa perisian percuma yang anda boleh gunakan untuk mengekstrak(rip) audio digital dari cakera padat. Perisian yang boleh mengekstrak audio dari CD biasanya dikenali sebagai "CD Ripper".

Proses pemindahan audio dari format digital ke digital ini boleh menghasilkan terus fail MP3 atau fail WAV.

Sila berkunjung ke laman web berkaitan untuk memuat turun perisian berkenaan.

1. CD to MP3 Freeware v1.8 - URL: http://www.eusing.com/

2. MEDA CD Ripper v2.2 - URL: http://www.medafan.com/cd-ripper/

3. Focus Free CD Ripper v3.1 - URL: http://www.focussoft.net/

4. CDDataExtract v2.1 - URL: http://www.rdas.co.uk/CDDataExtract.asp

5. AudioCrusher v1.4 - URL: http://www.sysdesk.de/

6. AudioGrabber v1.83 - URL: http://www.audiograbber.com-us.net/

7. Exact Audio Copy v0.95 - URL: http://www.exactaudiocopy.de/

8. CD Audio Infomation Downloader (CDAID) v3.20 - URL: http://www.marvintec.com/

9. Nero CD DAE v0.4b - URL: http://www.nero.com/

 

Selamat mencuba.

Bye.

Last Updated on Sunday, 14 June 2009 07:44
 


Page 3 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 4 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday60
mod_vvisit_counterYesterday87
mod_vvisit_counterThis week268
mod_vvisit_counterLast week455
mod_vvisit_counterThis month544
mod_vvisit_counterLast month2152
mod_vvisit_counterAll30933

Online (20 minutes ago): 2
Your IP: 38.107.191.106
,
Now: 2010-09-08 19:41

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

Pengguna perkhidmatan internet termasuk bagi tujuan perbankan perlu lebih berhati-hati berikutan peningkatan mendadak kes e-mel spam kepada lebih 100 peratus tahun lalu, iaitu 80,526 kes berbanding 38,601 pada 2007. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity), Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata e-mel spam atau e-mel sampah adalah antara pelbagai alat digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri data dan maklumat melalui penyebaran e-mel secara rambang kepada pengguna internet.