Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

diNovo Edge tanpa wayar

E-mail Print PDF

KECIL dan padat dengan pelbagai ciri menarik, papan kekunci diNovo Edge ini adalah sebuah peralatan tanpa wayar. Memiliki ciri-ciri yang diimpikan oleh kebanyakan pengguna, papan kekunci sebenarnya merupakan papan kekunci generasi ketiga untuk rangkaian produk diNovo. Memisahkan pad nombor dan hadir dengan padanan kekunci ala komputer riba, ciri menariknya ada pada sistem navigasinya.

Tanpa memerlukan bantuan sebuah tetikus, fungsi tetikus boleh dikendalikan oleh sentuhan sensitif TouchDisc pada sebelah bawah kanan papan kekunci. Selain TouchDisc, slider volum ialah satu lagi ciri kawalan sentuhan sensitif. Ia dilengkapi tujuh butang khas untuk melancarkan beberapa fungsi normal seperti mute, hibernate, melihat rakaman gambar dan mengerakkan MCE.

Last Updated on Tuesday, 05 May 2009 21:38
 

Kamera 3 'K'

E-mail Print PDF

 

HADIR dengan warna-warna menyerlah seperti oren, biru, perak dan hijau zaitun, rangkaian kamera digital Panasonic Lumix DMC FT-1 ini sememangnya boleh dibanggakan. Ia adalah sebuah kamera tiga 'K' iaitu kalis air (sehingga kedalaman tiga meter), kalis goyang (dari ketinggian 1.5 meter) dan kalis habuk.

Salah satu kelebihan rangkaian Lumix adalah optik Leica yang juga terdapat dalam kamera digital FT-1 ini. Biarpun tidak memiliki lensa kamera yang panjang tetapi hanya pada zoom optikal 4.6 kali ganda, Lumix DMC FT-1 ini menghasilkan imej-imej yang cukup menakjubkan.

Tidak seperti kebanyakan kamera, warna natural pada gambar FT-1 ini tidak terlampau biru atau hijau. Skrin LCDnya memudahkan anda melihat di dasar laut biarpun pada ukuran 2.7 inci sahaja.

Ciri-ciri pengecaman wajah adalah satu bonus dalam kamera 12.1 megapiksel ini. Kamera ini mampu mengecam sesuatu wajah yang telah dirakamkan berkali-kali dan anda akan diminta mendaftar dan melabelkannya dengan nama.

Last Updated on Thursday, 30 April 2009 08:33
 

Pelayar Web Safari

E-mail Print PDF

 

Safari merupakan pelayar web kegemaran bagi pengguna komputer berasaskan Mac OS.

Pelayar web ini telah dipertingkatkan ciri-cirinya di mana edisi ke-empat telah dilancarkan dan masih pada peringkat Beta.

Enjin Nitro yang terdapat dalam Safari 4 ini boleh menjalankan fungsi JavaScript pada kadar 4.2 lebih cepat berbanding dengan Safari 3.

Safari 4 dibina berasaskan kepada platform Apple's Webkit, mempunyai beberapa ciri menarik seperti "Top Sites" yang memaparkan laman web yang kerap dikunjungi dalam bentuk "preview" bagi membolehkan pengguna pergi terus ke laman web kegemaran mereka dengan satu klik sahaja.

Apple juga telah menghasilkan satu paparan Window asal dalam bentuk baru untuk versi Window tetapi masih mengekalkan bar perkakasan standard bagi mengelakkan pengguna merasa janggal bila menggunakannya bersama thema "Metal Brush".

"Cover Flow" yang cukup senonim dengan iTunes 7, juga terdapat pada Safari 4 di mana ia menambahkan lagi kemeriahan pelayar web baru ini. Ciri-ciri lain termasuklah "Smart Address" dan "Search Field" yang secara otomatik melengkapkan alamat laman web atau menyenaraikan cadangan daripada Google pada medan carian.

Safari 4 adalah percuma untuk pengguna Mac OS X dan juga Window.

Sila layari laman web http://www.apple.com/safari untuk maklumat lanjut.

Bye

Last Updated on Wednesday, 22 April 2009 14:51
 

Google Earth 5.0

E-mail Print PDF

 

 

Baru-baru ini Google melancarkan Google Earth 5.0 yang menampilkan satu ciri baru iaitu "ocean". Dengan ciri baru ini, ia membolehkan pengguna Google Earth menyelam ke dalam lautan dan menyelongkar khazanah yang terdapat didalamnya tanpa perlu membasahkan diri. Imej yang dipaparkan dalam bentuk 3D.

Kepada mereka yang suka melancong ke kawasan lautan untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan, anda boleh menggunakan kemudahan "ocean" untuk mendapatkan sedikit maklumat dan gambaran kawasan berkenaan sebelum membuat tempahan untuk ke sana.

 

 

Ciri "Ocean" ini akan anda perolehi sebaik sahaja anda memasang Google Earth 5.0. Ciri-ciri yang ada pada "ocean" termasuklah 20 maklumat secara berlapis, yang mengandungi maklumat yang disumbangkan oleh ahli sains yang terkenal dari seluruh dunia, penyelidik dan penakluk lautan.

Selain "ocean", Google juga memasukkan imej tempat-tempat bersejarah dalam versi terbaru Google Earth ini. Pengguna juga boleh mengaktifkan slider masa untuk melihat imej baru dan lama dari seluruh dunia.

Sistem pengesanan GPS yang mana dahulunya hanya ada pada Google Earth Versi Plus dan Pro, kini boleh digunakan oleh semua pengguna.  Pengguna boleh memasukkan koordinat dari peralatan GPS ke dalam Google Earth bagi mengetahui di mana mereka berada semasa melancong dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layarilah laman web google http://earth.google.com. Anda boleh memasang perisian ini jika berminat.

Last Updated on Saturday, 11 April 2009 11:00
 

iPhone 3G di Malaysia

E-mail Print PDF

 

 

OPERATOR peneraju bagi rangkaian telekomunikasi, Maxis Communications Berhad (Maxis) baru-baru ini mengumumkan penawaran telefon bimbit pintar iPhone 3G lapan gigabait (GB) secara percuma bagi setiap langganan pelan iValue 4 bermula 20 Mac.

Telefon bimbit pintar tersebut menggabungkan pelbagai peningkatan prestasi seperti revolusi telefon, paparan skrin luas serta pelayaran Internet.

Dengan sambungan rangkaian 3G berkelajuan tinggi, ia menyokong fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan Microsoft Exchange selain pelbagai lagi aplikasi di hujung jari pengguna.

Menerusi perisian App Store, ia membenarkan akses kepada lebih 10,000 aplikasi dari permainan video, rangkaian sosial, pengurusan kewangan, kesihatan sehingga kadar muat turun yang tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, sebagai peneraju rangkaian telekomunikasi, pihaknya sentiasa menawarkan inovasi terbaik kepada pengguna.

iPhone 8GB dan 16 GB didatangkan dengan tawaran empat pelan panggilan pasca bayar istimewa, iValue di mana harganya bermula dari RM100 sebulan.

Bagi pelanggan yang melanggan komitmen bulanan RM375 melebihi jangka masa 24 bulan melalui iValue 4, mereka akan menerima iPhone 3G 8GB secara percuma.

Empat pelan yang ditawarkan adalah iValue 1 (RM100 sebulan), iValue 2 (RM155 sebulan), iValue 3 (RM250 sebulan) dan iValue 4 (RM375 sebulan).

Untuk melakukan pra-pendaftaran bagi pembelian telefon bimbit itu atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, pengguna boleh melayari laman web www.maxis.com.my/iPhone, menghubungi talian 1800 821 123 atau mengunjungi 29 pusat Maxis di seluruh negara.

Last Updated on Wednesday, 01 April 2009 11:29
 


Page 5 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 2 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday37
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week317
mod_vvisit_counterLast week455
mod_vvisit_counterThis month593
mod_vvisit_counterLast month2152
mod_vvisit_counterAll30982

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 38.107.191.108
,
Now: 2010-09-09 10:02

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

AWAS pemilik telefon bimbit kerana terdapat virus yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) berleluasa sekarang dikenali sebagai Curse of Silence atau CurseSMS. Virus ini akan membawa kepada serangan penafian servis dan ia ditemui baru-baru ini oleh Tobias Engel dan didedahkan pada Chaos Communication Congress ke-25. Serangan ini melibatkan SMS yang dicipta dengan niat untuk dihantar kepada sasaran berpotensi. Penerimaan SMS tersebut menyebabkan peranti yang menjadi sasaran tidak lagi dapat menerima mesej SMS atau MMS.