Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Ovi Mail

E-mail Print PDF

Adakah anda sudah bosan dengan email menggunakan akaun dari Yahoo dan Google. Apa kata kalau mencuba sesuatu yang baru itu Ovi Mail.

Baru-baru ini Nokia mengumumkan kewujudan Ovi Mail yang mana sebelumnya hanya boleh digunakan oleh telefon Nokia Symbian S40.

Sebenarnya, Ovi Mail adalah sebahagian daripada perkhidmatan Nokia Ovi. Perkhidmatan ini bukan sahaja menyediakan kemudahan email tetapi juga pelbagai lagi kemudahan lain seperti synchronize contacts, kalendar, perkongsian photo, muat turun lagu dan sebagainya.

Ovi Mail adalah percuma untuk orang ramai. Apa yang anda perlu lakukan ialah menjadi ahli atau mendaftar bagi menggunakan kemudahan yang disediakan. Anda juga tidak perlu mempunyai telefon Nokia untuk menggunakan kemudahan ini.

Ruangan yang cukup besar iaitu sebanyak 1GB akan diberikan kepada semua ahli Ovi Mai. Maklumat yang diberikan kepada Ovi Mail dijamin selamat dan tidak akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Ovi Mail juga berfungsi tanpa masalah dengan gajet mempunyai skrin kecil seperti telefon Nokia, oleh itu anda boleh membaca email bila-bila masa. Anda juga tidak perlu skrol ke kiri dan ke kanan kerana Ovi Mail secara otomatik memperbetulkan bagi mempastikan ia muat pada skrin.

Oleh itu tunggu apa lagi, silalah berkunjung ke laman web Ovi Mail sebelum email yang anda inginkan diambil oleh orang lain. Jika berjaya mendaftar alamat email anda menjadi seperti berikut This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Saya telah mendaftar sebagai ahli Ovi Mail, anda bila lagi??

Bye.

Last Updated on Wednesday, 18 March 2009 05:19
 

P1 WiMAX jalur lebar terpantas tanpa wayar

E-mail Print PDF
Terkini Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) melancarkan perkhidmatan WiMAX atau singkatannya Worldwide Interoperability of Microwave Acess di negara ini.

WiMax merupakan jalur lebar berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna mengakses Internet dengan pantas menerusi jalur lebar tanpa wayar.

Antara kelebihan WiMAX adalah:

- tanpa wayar

- dibina bagi jarak sejauh 30 hingga 50 kilometer

- kelajuan tinggi

- mudah alih

- mudah digunakan

Menjelang akhir tahun Intel akan mengeluarkan komputer riba dengan WiMAX bina dalam.

Ekosistem WiMAX dapat merapatkan jurang digital dan tidak semestinya dengan komputer.

Tunggulah kemunculan WiMAX di kawasan anda.

Last Updated on Thursday, 12 March 2009 13:24
 

Waktu Solat

E-mail Print PDF

Jika anda memerlukan satu perisian berunsur Islam pelbagai fungsi percuma yang dapat menentukan waktu Solat dan juga menentukan arah Kiblat, maka Salaat Time adalah jawapannya.

Untuk mendapatkan perisian Salaat Time, anda boleh melayari laman web http://www. salaattime.com untuk memuat turun perisian tersebut. Fail Salaat Time adalah bersaiz kira-kira 12 MB.

 

 

Perisian ini akan mengingatkan anda tentu waktu Solat dengan melaungkan Azan apabila sampai waktunya melalui speaker PC anda.

Perisian ini juga menyediakan kalendar Hijrah dan Masihi untuk memudahkan anda membuat perbandingan dan rujukan.

 

Last Updated on Thursday, 05 March 2009 11:17
 

Mendefrag Secara Terpilih

E-mail Print PDF

Jika kelajuan komputer semakin perlahan, anda boleh menjalankan proses defrag bagi menyusan kembali kedudukan fail yang bertaburan pada cakera keras.

Jika anda kerap memasang dan membuang perisian atau fail, maka ia juga menyumbangkan kepada masalah ini.

Walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lama untuk melakukan proses defrag bagi keseluruhan cakera keras jika menggunakan program yang dibekalkan oleh Window.

Oleh itu anda digalakkan mencuba perisian Defraggler. Perisian ini tidak akan defrag keseluruhan bahagian cakera keras bergantung kepada pilihan pengguna.

Perisian ini juga boleh melakukan defrag bagi fail dan juga folder secara individu atau berasingan.

Selamat Mencuba.

Last Updated on Sunday, 01 March 2009 12:19
 

Mozilla Firefox dan Opera - Pelayar Web Terbaik

E-mail Print PDF

Kalau diimbas 5 hingga 6 tahun lepas, susah nak cari PC yang menggunakan pelayar web selain Internet Explorer(IE).

Itu dulu, sekarang nie hampir satu pertiga pengguna internet di seluruh dunia telah beralih kepada pelayar web seperti Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome. 

Rakyat Amerika yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, mereka tidak suka menggunakan perisian cetak rompak, maka komuniti di sana memilih perisian sumber terbuka bagi menggantikan yang jenis berbayar.

Keadaan inilah yang membantu dalam meningkatkan penggunaan pelayar web seperti yang dinyatakan di atas yang boleh diperolehi secara pecuma.

Seperti yang kita maklum, IE hanya didatangkan bersama pakej Window dan tidak boleh didapati secara berasingan.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majalah Chip keluaran Februari,  Pelayar Mozilla Firefox dan Opera masih mengekalkan kedudukan ranking pertama berdasarkan beberapa kriteria diantaranya keselamatan, kepantasan, plugin dan sebagainya.

IE 7 berada tempat terakhir kerana mendapat skor yang paling rendah.

Oleh itu kepada pengguna internet yang masih setia kepada IE, inilah masanya untuk anda bertukar kepada pelayar web yang lain yang lebih dipercayai dari segi keselamatan. 

Pelayar Firefox sebagai contoh, mempunyai pelbagai contoh plugin yang boleh dimaut turun dan dipasang pada pelayar ini. Untuk kelihatan lebih menarik, themanya juga boleh diubah mengikut citarasa yang yang dikehendaki oleh pengguna.

Last Updated on Sunday, 01 March 2009 11:59
 


Page 6 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 3 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday63
mod_vvisit_counterYesterday87
mod_vvisit_counterThis week271
mod_vvisit_counterLast week455
mod_vvisit_counterThis month547
mod_vvisit_counterLast month2152
mod_vvisit_counterAll30936

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.105
,
Now: 2010-09-08 20:26

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

Kajian yang dijalankan oleh Nielsen Customized Research menunjukkan bahawa penggguna Malaysia antara 10 negara terbanyak mendapatkan media digital. Ia dijalankan terhadap 26, 202 pengguna internet daripada 52 negara termasuk Eropah, Asia Pasifik, Amerika Selatan dan Timur Tengah, sekali gus menunjukkan pemilikan teknologi dan tabiat penggunaan internet masyarakt global.