Window SkyDrive yang merupakan perkhidmatan simpanan fail atas talian percuma yang disediakan oleh Window Live yang membolehkan pengguna untuk akses kepada data yang mereka simpan dari mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet.
Berita baik untuk mereka yang mempunyai akaun dengan SkyDrive, di mana ruangan simpanan telah ditingkatkan dari 5 GB kepada 25 GB. Ini membolehkan lebih banyak fail disimpan dengan menggunakan perkhidmatan ini.
Jika anda mempunyai fail yang agak penting dan bimbang ia akan hilang terutama jika PC kena serang dengan virus dan perlu diformatkan semula, maka anda disarankan menggunakan kemudahan ini bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.
Layarilah laman web http://skydrive.live.com jika ingin mendaftar akaun dengan MSN atau jika anda sudah mempunyai akaun email dengan hotmail, anda boleh terus login dengan akaun tersebut.
Bye.
















