Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Radio Streamer

E-mail Print PDF

Siaran radio internet yang bermutu boleh dijadikan sumber hiburan, semasa anda menggunakan PC. Pengguna internet di Malaysia juga berpeluang menikmati siaran radio internet tempatan dan luar negara secara percuma.

Selain boleh didengar, siaran itu boleh dirakam untuk diulang dengar dan dikongsi bersama-sama rakan yang lain. Ini boleh dibuktikan jika anda mencuba perisian Screamer Radio yang boleh didownload di laman http://www.screamer-radio.com.

Apa yang anda perlukan hanya sebuah PC yang dilengkapi dengan talian internet yang bagus iaitu broadband bukan "berukband". 

Anda boleh mencari siaran radio tempatan dengan mengunjungi laman web http://www.shoutcast.com, melalui kata kunci "malaysia". Maka akan keluarlah senarai siaran radio berinternet di Malaysia.

Gunakan mouse dengan klik kanan dan pilih "copy link location" jika guna Pelayar Mozilla Firefox pada siaran radio yang anda suka untuk dapat URL. Selepas itu buka perisian Screamer yang anda telah instal. Kemudian pergi ke menu file dan pilih "open URL".

Kalau tidak ada masalah anda boleh dengar siaran tersebut. Kalau tidak dapat guna kaedah "try and error", lepas tu pandailah....

Kalau anda suka siaran radio tersebut, maka anda pilih menu favorites dan plih "add current station to favorites" (memang pun hanya ada satu piihan sahaja untuk menu favorites).

Senarai URL untuk siaran radio berinternet mungkin akan berubah dari masa ke semasa. So kalau tidak dapat dengar tu, mungkin URL dah berubah.

Selamat berhibur....

Last Updated on Monday, 02 February 2009 14:02
 

Backup Untuk Driver

E-mail Print PDF

Driver memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan hardware yang dipasang pada PC atau Notebook dapat berfungsi baik.

Langkah yang sebaiknya diambil ialah menyimpan dengan baik CD driver asal yang dibekalkan oleh pengeluar hardware atau penjual komputer. 

Malang tidak berbau, jika komputer anda diserang virus dan komputer anda perlu diformatkan semula. Namun tugas anda akan menjadi sukar jika CD driver tersebut hilang, rosak atau failnya gagal ditemui di laman web pembuatnya. 

Tetapi anda jangan risau jika CD yang dimaksudkan telah hilang kerana anda boleh mencuba perisian percuma DriverMax 4.7. Perisian ini boleh memasang semula driver hardware yang digunakan, termasuk driver yang disediakan Windows.

Menerusinya anda boleh mengeksport kesemua driver atau driver pilihan anda ke dalam sebuah folder atau dijadikan sebuah fail termampat(.zip). 

Anda boleh memuat turun perisian DriverMax 4.7 dilaman web Innovative-sol atau boleh dapatkan dari laman web pembekal perisian seperti www.softpedia.com.

Cubalah.....

 

Download Video Dengan KeepVid

E-mail Print PDF

Kepada mereka yang selalu bekunjung ke Youtube, anda pasti terjumpa video yang menarik dan anda ingin memuat turun video berkenaan sebagai koleksi.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk memasang software pihak ketiga seperti Realplayer untuk memuat turun apa yang anda hajati.

Apa yang perlu lakukan ialah dengan berkunjung ke laman web KeepVid yang menyediakan kemudahan untuk memuat turun video secara online. 

Video-video dari laman lain seperi Dailymotion, Metacafe, iFilm dan sebagainya juga boleh dimuat turun dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh laman ini.

Selamat mencuba.

Bye.

Last Updated on Thursday, 29 January 2009 09:22
 

Website and Blog speed check

E-mail Print PDF

Jika anda ingin mengetahui berapa lama masa yang diambil oleh sesebuah laman web atau blog untuk "loading", silalah berkunjung ke laman LinkVendor.

Masa loading yang singkat adalah sangat penting kepada sesebuah laman web atau blog kerana ia boleh menjadi daya penarik untuk pengunjung datang semula ke laman atau blog kita.

Satu perkara yang kita perlu ingat bahawa tidak semua pengguna menggunakan broadband untuk melayari internet kerana masih lagi ada menggunakan jenis dial-up.

Jika laman web terlalu berat atau mengambil masa yang lama untuk loading, maka ia akan menghilangkan minat pengunjung. Apatah lagi kepada laman web berbentuk perniagaan, masa loading adalah sangat kritikal.

Saya melihat satu fenomena terutamanya blog yang mana dihiasi dengan pelbagai gadget dan widget yang memberatkan masa untuk loading. Memanglah ia boleh mencantikkan blog tetapi kesannya pengunjung akan cepat bosan kerana terpaksa menunggu lama sebelum ia selesai loading.

Jika masa loading yang lama disebabkan widget atau gadget yang anda letakkan pada blog, maka anda kena perlu lakukan sesuatu agar blog anda sentiasa dikunjungi.

Tetapi jika bukan disebabkan perkara di atas, mungkin ini masanya untuk bertukar ISP. Contoh jika servis streamyx tak bagus anda boleh bertukar ke celcom broadband.

Sama-sama fikirkan.

 

Pemeriksaan Keadaan Sambungan

E-mail Print PDF

Jika anda memiliki laman web sendiri, berikut diperkenalkan perintah yang boleh digunakan untuk memeriksa samada rangkaian anda normal atau tidak.

PING merupakan perintah yang biasa digunakan. Jika keadaan sambungan anda adalah normal, perintah boleh memeriksa keadaan sambungan komputer anda dengan komputer sasar(server). Nilai TIME yang lebih kecil menunjukkan kadar yang lebih cepat.

Jika TIME OUT terpapar menunjukkan sambungan tidak berjaya. Ini mungkin disebabkan komputer sasar belum dihidupkan atau penyambungan rangkaian tidak berjaya.

Cara menggunakan perintah PING:

1. Klik start pada menu Window, kemudian pilih "Run" pada menu yang terpapar.

2. Pada tetingkap run, taipkan CMD untuk memasuki mod "command prompt".

3. Kemudian taipkan perintah ping + web URL. Contoh ping google.com

4. Jika perintah PING yang anda masukkan betul, maklumat berikut akan keluar.


C:\Documents and Settings\xxxxxx>ping google.com

Pinging google.com [xxx.xx.xxx.xxx] with 32 bytes of data:

Reply from xxx.xx.xxx.xxx: bytes=32 time=190ms TTL=236
Reply from xxx.xx.xxx.xxx: bytes=32 time=195ms TTL=236
Reply from xxx.xx.xxx.xxx: bytes=32 time=189ms TTL=236
Reply from xxx.xx.xxx.xxx: bytes=32 time=189ms TTL=236

Ping statistics for xxx.xx.xxx.xxx:
    Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
    Minimum = 189ms, Maximum = 195ms, Average = 190ms

5. Dari maklumat ini anda boleh tahu samada sambungan anda berkeadaan baik atau tidak.

6. Jika ingin memaparkan pemeriksaan penyambungan  secara berterusan, anda boleh menambahkan parameter -t pada bahagian hujung alamat URL. Tekan kunci pintas "Ctrl + C" apabila hendak menghentikannya. Contoh,

C:\Documents and Settings\xxxxxx>ping google.com -t

Selamat mencuba. Bye

Last Updated on Sunday, 25 January 2009 15:07
 


Page 8 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 3 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday59
mod_vvisit_counterYesterday87
mod_vvisit_counterThis week267
mod_vvisit_counterLast week455
mod_vvisit_counterThis month543
mod_vvisit_counterLast month2152
mod_vvisit_counterAll30932

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 38.107.191.109
,
Now: 2010-09-08 19:39

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

AWAS pemilik telefon bimbit kerana terdapat virus yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) berleluasa sekarang dikenali sebagai Curse of Silence atau CurseSMS. Virus ini akan membawa kepada serangan penafian servis dan ia ditemui baru-baru ini oleh Tobias Engel dan didedahkan pada Chaos Communication Congress ke-25. Serangan ini melibatkan SMS yang dicipta dengan niat untuk dihantar kepada sasaran berpotensi. Penerimaan SMS tersebut menyebabkan peranti yang menjadi sasaran tidak lagi dapat menerima mesej SMS atau MMS.