Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Welcome To Myfuyoo

Norton 360 Mesra Pengguna

E-mail Print PDF

KESIBUKAN dunia siber memberi banyak pendedahan maklumat kepada masyarakat dengan kepesatan teknologi bergerak pantas yang mampu menerawang ke mana saja sekiranya mempunyai keupayaan menggunakan Internet.

Pengguna Internet pun bebas untuk memindah turun apa saja maklumat bagi tujuan mendapat maklumat, penyelidikan, pengetahuan, laman sosial dan sebagainya.

Namun sekiranya tidak berhati-hati mereka boleh menerima virus berbahaya dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk buli alam siber, mangsa penipuan, kehilangan data atau kecurian identiti, lebih parah lagi jika membabitkan kewangan.

Justeru, bagaimana kita mahu memastikan kehebatan dunia siber itu dapat dilayari dengan selamat?

Norton 360 v3.0 kini ditampilkan dengan pelbagai ciri tambah nilai yang boleh membantu memudahkan pengguna membersihkan komputer peribadi (PC) daripada sebarang ancaman dalam atau luar meliputi virus dan spyware.

Perisian keselamatan ini amat sesuai digunakan pengguna yang tidak mempunyai asas pengetahuan komputer kerana ia menyediakan paparan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah difahami.

Selain mempunyai tahap keselamatan tinggi dan meningkatkan keupayaan PC, versi terkini Norton ini dapat menyaring serta melindungi komputer tanpa merendahkan prestasi bagi memastikan pengalaman menggunakan komputer yang optimum.

Antivirus ini turut disokong operasi laman webnya yang menawarkan perkhidmatan 'backup' bagi fail yang penting serta perkhidmatan penarafan kepada laman web luar untuk rujukan pengguna di bawah Norton Safe Web.

Selain operasi asas, Norton turut memperkenalkan ciri unik seperti 'startup manager', pengurusan servis, pendaftaran operasi pembersihan, pembersih disk dan ujian pencapaian.

Pengguna juga akan diberi pilihan untuk menyediakan ruangan khas sebagai ruang penyimpan bagi file 'backup' atau hanya perlu menggunakan ruangan yang disediakan di laman web Norton.

Namun perlu diingatkan, prestasi laman web bergantung kepada kelajuan akses Internet pengguna itu sendiri.

Jika sebelum ini pengguna tidak mengetahui pencapaian operasi komputer sebelum dan selepas diimbas, Norton menyediakan ujian pencapaian dengan menguji komputer menerusi pelbagai kelajuan pemprosesan data.

Norton 360 v3.0 yang dipertingkat ini hanya memerlukan masa kurang daripada lima minit untuk dipindah turun sebelum digunakan.

LAMAN WEB: www.symantec.com/en/my/norton/360

 

Last Updated on Saturday, 17 October 2009 06:03
 

Nokia 6700 Classic

E-mail Print PDF
Menyambung kecemerlangan legasi Nokia dalam mengeluarkan telefon bimbit, syarikat peneraju global untuk produk mobiliti itu baru-baru ini telah memperkenalkan model Nokia 6700 Classic.

Ia tampil dalam rekaan premium yang eksklusif dan disempurnakan dengan binaan menarik menggunakan material berkualiti tinggi.

Gaya dan keselesaannya juga dapat diserlahkan menerusi binaan kemas penggunaan material keluli tahan karat.

Memperbaiki kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan pada model-model sebelum ini, kehadirannya dilengkapi dengan kamera lima megapiksel dan juga lampu flash LED.

Untuk kemudahan kawalan navigasi kedudukan di sesebuah kawasan pula, pengguna telefon bimbit tersebut bakal ditawarkan dengan aplikasi sistem penentu kedudukan global (GPS).

Dari segi sambungan rangkaian Internet, model berkenaan dilengkapi dengan sistem akses data berkelajuan tinggi untuk membolehkan perkongsian imej dan video dengan lebih cepat dan mudah.

Di samping itu, ia turut mempunyai dua mikrofon binaan dalam selain dilengkapi dengan teknologi Uplink Noise Cancellation (UNC) untuk menghilangkan bunyi bising daripada kawasan sekitar.

Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti lampu sensor ambien (ALS), teknologi kawalan kecerahan kandungan (CABC) serta slot kad memori microSD dengan keupayaan storan maksimum sehingga lapan gigabait (GB).

Nokia 6700 Classic kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,140. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperoleh di laman web www.nokia.com.

Last Updated on Friday, 02 October 2009 06:29
 

Gmail: Bukan sekadar e-mel

E-mail Print PDF

Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, Gmail mengalami pelbagai perubahan yang bertujuan mengetengahkan pengalaman e-mel mengagumkan. Berikut antara ciri Gmail yang mungkin tidak diketahui.

1. Berbual melalui suara atau video

Ia direka untuk menambah kualiti komunikasi yang tidak terhad kepada teks semata-mata. Pengguna boleh menetapkannya dengan memindah turun aplikasi terbabit di http://gmail.com/videochat.

2. Penetapan fungsi tapisan

Fungsi terbabit membenarkan pengguna mengawal inbox dengan menetapkan 'create a new filters' pada ruangan 'Settings' yang membolehkan Gmail menyusun fail anda secara automatik.

3. Gunakan Gmail walaupun tanpa sambungan Internet.

Ada situasi yang memerlukan kita membuka e-mel bagi mendapatkan maklumat namun terpaksa online contohnya, ketika mengakses e-tiket dalam kereta api yang tiada sambungan Internet.

Gmail mengubah senario ini menerusi Offline Gmail yang mampu diakses pada ruangan Settings pengguna.

Last Updated on Saturday, 05 September 2009 08:57 Read more...
 

Windows 7

E-mail Print PDF
SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7.

Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran.

Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.

Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.

Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.

Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.

Last Updated on Wednesday, 12 August 2009 14:45 Read more...
 

Kamera Lumix DMC-FP8 daripada Panasonic

E-mail Print PDF
PANASONIC mengumumkan kamera DMC-FP8 sebagai sebahagian daripada Siri Lumix FP terbaru, yang dapat memenuhi kecemerlangan dalam reka bentuk dan fungsi.

DMC-FP8 yang berlensa Leica DC, mempunyai resolusi 12.1 mega piksel berkualiti tinggi. Reka bentuknya rata disebabkan lensa ke dalam dengan lipatan optik yang tidak mempunyai laras lensa yang tetap.

Dibina dengan aluminium berkualiti tinggi, reka bentuk yang rata itu membuatkan rekaan permukaan belakang kamera yang menarik. Sudah tentu ia merupakan antaranya bahagian yang selalu diberi perhatian oleh pengguna kamera.

Butang penunjuk LED biru juga menambahkan lagi kecantikan pada rekaan setiap kali ia ditekan.

Mod Auto Pintar Panasonic kini dilengkapi dengan penstabil imej optikal yang mempunyai ciri-ciri gandaan kuasa berbanding sistem Mega O.I.S. yang biasa.

Gegaran, yang secara fizikalnya berlaku apabila butang shutter ditekan atau merakam gambar pada waktu malam dengan kelajuan shutter rendah, kini secara efektif dikawal oleh Power O.I.S. Ia sekali gus membolehkan pengguna menikmati fotografi tanpa kekaburan.

Bagi mod pengenal pasti wajah (Face Recognition), tiga individu yang didaftar boleh dikenal pasti secara serentak dengan nama mereka akan tertera di skrin.

Ciri utama lain yang terdapat dalam FP8 adalah fokus auto berkelajuan tinggi. Digabungkan dengan permulaan berkelajuan setinggi 0.95 saat, ia membuatkan respons FP8 pantas dan ia juga membolehkan pengguna merakam gambar menarik yang muncul secara tiba-tiba.

LCD Pintar 2.7 inci besar menawarkan paparan yang dinamik dan jelas walaupun rekaan kameranya kecil. Dengan adanya tenaga imej pemprosessan LSI, Enjin Venus V, jangka hayat baterinya berkuasa untuk menangkap sehingga 380 keping gambar.

Model ini didapati dengan pelbagai pilihan warna iaitu perak, hitam, merah jambu dan merah.

Panel yang berada di tengah kamera menambahkan lagi kecantikan rekaan keseluruhannya. Ia dijangka berada di pasaran bermula hujung Ogos ini dan dijual pada harga RM1,299.

 

Last Updated on Saturday, 08 August 2009 23:58
 


Page 2 of 10

Polls

Saya suka artikel mengenai....
 

Who's Online

We have 2 guests online

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday36
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week316
mod_vvisit_counterLast week455
mod_vvisit_counterThis month592
mod_vvisit_counterLast month2152
mod_vvisit_counterAll30981

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 38.107.191.105
,
Now: 2010-09-09 09:57

Rate This Site

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.

Favorite Links

Free Palestine

adiWidget

Newsflash

Mempunyai bilangan ahli berdaftar melebihi 405 juta orang, revolusi Skype kini terus berkembang apabila baru-baru ini mengikat kerjasama dengan syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal, Nokia untuk menawarkan perkhidmatannya pada produk telekomunikasi berkenaan.

Ia akan mula diintegrasikan pada telefon bimbit Nokia Nseries iaitu model N97 dan dijangka berada di pasaran pada suku ketiga tahun 2009.