Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Norton 360 Mesra Pengguna

E-mail Print PDF

KESIBUKAN dunia siber memberi banyak pendedahan maklumat kepada masyarakat dengan kepesatan teknologi bergerak pantas yang mampu menerawang ke mana saja sekiranya mempunyai keupayaan menggunakan Internet.

Pengguna Internet pun bebas untuk memindah turun apa saja maklumat bagi tujuan mendapat maklumat, penyelidikan, pengetahuan, laman sosial dan sebagainya.

Namun sekiranya tidak berhati-hati mereka boleh menerima virus berbahaya dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk buli alam siber, mangsa penipuan, kehilangan data atau kecurian identiti, lebih parah lagi jika membabitkan kewangan.

Justeru, bagaimana kita mahu memastikan kehebatan dunia siber itu dapat dilayari dengan selamat?

Norton 360 v3.0 kini ditampilkan dengan pelbagai ciri tambah nilai yang boleh membantu memudahkan pengguna membersihkan komputer peribadi (PC) daripada sebarang ancaman dalam atau luar meliputi virus dan spyware.

Perisian keselamatan ini amat sesuai digunakan pengguna yang tidak mempunyai asas pengetahuan komputer kerana ia menyediakan paparan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah difahami.

Selain mempunyai tahap keselamatan tinggi dan meningkatkan keupayaan PC, versi terkini Norton ini dapat menyaring serta melindungi komputer tanpa merendahkan prestasi bagi memastikan pengalaman menggunakan komputer yang optimum.

Antivirus ini turut disokong operasi laman webnya yang menawarkan perkhidmatan 'backup' bagi fail yang penting serta perkhidmatan penarafan kepada laman web luar untuk rujukan pengguna di bawah Norton Safe Web.

Selain operasi asas, Norton turut memperkenalkan ciri unik seperti 'startup manager', pengurusan servis, pendaftaran operasi pembersihan, pembersih disk dan ujian pencapaian.

Pengguna juga akan diberi pilihan untuk menyediakan ruangan khas sebagai ruang penyimpan bagi file 'backup' atau hanya perlu menggunakan ruangan yang disediakan di laman web Norton.

Namun perlu diingatkan, prestasi laman web bergantung kepada kelajuan akses Internet pengguna itu sendiri.

Jika sebelum ini pengguna tidak mengetahui pencapaian operasi komputer sebelum dan selepas diimbas, Norton menyediakan ujian pencapaian dengan menguji komputer menerusi pelbagai kelajuan pemprosesan data.

Norton 360 v3.0 yang dipertingkat ini hanya memerlukan masa kurang daripada lima minit untuk dipindah turun sebelum digunakan.

LAMAN WEB: www.symantec.com/en/my/norton/360

 

Last Updated on Saturday, 17 October 2009 06:03