Portal Komuniti Myfuyoo

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Telefon bimbit LG BL40 Chocolate

E-mail Print PDF

SIRI telefon bimbit istimewa LG Chocolate meneruskan legasinya dengan menghasilkan telefon bimbit LG BL40 yang bercirikan skrin sentuh.

LG BL40 Chocolate juga merupakan telefon keempat siri Black Label. Ia mempunyai ciri yang lebih menarik iaitu skrin berukuran 10.16 sentimeter dengan paparan LCD berdefinisi tinggi.

Rekaan skrin itu dicipta khas untuk memberikan anda pengalaman menonton filem yang menyeronokkan. Ia juga mempunyai fungsi kamera dengan resolusi 800 x 345 piksel.

Kecanggihannya juga dapat dinilai berdasarkan kelebaran skrin yang mempunyai nisbah 21:9 untuk memberikan anda pengalaman seakan-akan menonton teater.

Telefon terbaru LG itu juga dapat menggantikan kamera video dan kamera digital ketika anda sedang bercuti.

Ini bermakna anda tidak perlu membawa gajet lain dan memadai dengan menggunakan telefon tersebut.

Dari segi gambar pula, hasilnya begitu menakjubkan seolah-olah anda menggunakan kamera kompak berkualiti.

Telefon serba guna itu memperuntukkan anda dengan saiz skrin yang maksimum. Bagaimanapun, anda dapat membesarkan skrin mengikut keselesaan sama ada menegak mahupun melintang.

Skrin LCD dengan resolusi 800 piksel akan memastikan anda menerima perkhidmatan Internet dengan mudah. Sebagai telefon yang mempunyai skrin besar, ini bermakna anda tidak perlu lagi skrol sekerap mungkin untuk melihat paparan bahagian bawah.

Sebaliknya, dengan aplikasi teknologi canggih menerusi telefon LG BL40, anda dapat meneliti laman web dengan lebih jelas. Kemudahan Dual Screen pula membenarkan pengguna melihat dua isi kandungan dalam satu-satu masa.

Tarikan seterusnya adalah keindahan warna-warni pada paparan skrin, apatah lagi telefon bimbit itu mempunyai kelebihan HD LCD. Ia sekali gus menjadikan imej yang tertera seolah-olah realiti.

Skrin telefon bimbit tersebut juga mempunyai lapisan lutsinar yang kukuh untuk melindungi skrin daripada tercalar dan rosak. Disebabkan reka bentuknya yang nipis, gajet itu boleh disimpan di dalam poket.

Berdasarkan pengeluaran siri telefon Chocolate sebelum ini, ia memang terkenal sebagai sebuah telefon bimbit yang ringan dan mudah dibawa.

Kemudahan lain yang dapat anda nikmati adalah Wi-Fi, kamera, ruang untuk memasukkan kad mikro Secure Digital High-Capacity (SDHC), waktu dunia, memo, kalkulator, rakaman suara, HTML dan XHTML serta banyak lagi.
Last Updated on Tuesday, 08 December 2009 03:00